Ahad, 18 Mac 2012

Tales 1


                Kebetulan, itulah yang mampu ku ungkapkan bila berbicara tentang cintang pandang pertama. Bermula dengan satu ‘KLIK’ , kisah ku bermula. Dari situ aku nekad untuk mendapatkan cintaku, perlahan…perlahan….Kata orang, biar lambat asal selamat. Tapi boleh ke perempuan mengejar cinta?? Masakan perempuan hanya perlu menunggu, alamatnya andartu sampai ke sudah.
                Aku membelek-belek kamera DSLR, sesekali bunyi ‘klik’ kedengaran, minatku dalam bidang fotografi amat mendalam dan aku juga mempunyai bakat juga. Ini bukan kes puji diri sendiri ek! Aku bukan jenis masuk bakul angkat sendiri. Tapi memang kenyataan.Alamak!! Memang masuk bakul angkat sendirilah aku ni.hehehe… Kalau di sekolah, bab-bab fotografi ni semua Cikgu Siti serah pada aku, haruslah…sebagai pengerusi kelab fotografi yang berwibawa mestilah aku kena uruskan semuanya.Okey, back to story.
                “Adlysha, kamu buat apa di sini?Curi tulang ke??”tegur Cikgu Siti.Aku lantas tersenyum kepadanya sehingga menampakkan barisan gigiku putih serta lesung pipitku yang agak dalam.
                “Cikgu saya ni bukan doggie nak curi tulang. Daripada saya curi tulang, baik saya curi tu yang kat atas meja tu. Ayam goreng fresh dari kuali.Hehe…” aku tersengih apabila melihat cikgu yang sudah bercekak pinggang.
                “Main-main saja kamu ni.Jangan lupa take a lot of picture masa acara tarik tali untuk guru-guru.Kamu ni tak bolehh percaya sangat, nanti lupa. Datang lagi tiga orang kawan kamu nanti memang tak ingat dunia nanti.”pesan Cikgu Siti.
                “Cikgu, tak ingat dunia saya ingat akhirat cikgu. Ros bukan bawa kamera juga ke???Suruh dia tak boleh ke cikgu? Kaki saya ni skru dah karat cikgu,tak tahulah mana dapat oxidizing agent dan reducing agent,yang kompem redox reaction dah terjadi. Semua acara balapan saya ambil gambar. Dahlah padang berlecak, tu pasal skru dah karat.” Adlysha sudah mencipta alasan yang sememangnya tak munasabah. Tersedak Muna yang kat Sabah tu.Hehe..
                “Ros tolong Cikgu Suzana prepare hadiah untuk award ceremony. Dah jangan mengarut, kamu jangan lupa ya.Kat sini pandai cakap pasal redox reaction,next week ada kuiz untuk kelas kamu tau. ” Pesan Cikgu Siti sebelum berlalu pergi.Cikgu Siti ni professional betul, susah nak ajak gurau-gurau. Habislah macam ni, setiap kali aku gurau kena kuiz. Kalau SPM tak dapat ‘A’plus plus tak tahulah macam mana nanti.Haih..
                Dari jauh dah boleh nampak tiga orang anak dara pingitan Malaya sedang jalan berlenggang ala-ala lagu lenggang-lenggang kangkung gitu sambil membawa gelas minuman. Aku tersengih melihat tiga orang rakanku, beruntung punya rakan yang happening. Kau orang ada? Aku ada…
                “Busy betullah cik adik photographer kita seorang ni. Dari tadi sibuk kat tengah padang, tengok tu muka hitam mengalahkan orang yang masuk acara balapan tu. Tadi aku nak bagi kau sunblock kau kata tak nak.”ujar Riana, kawanku yang terlalu mengambil berat soal penampilan. Dengan kulit putihnya yang gebu dan tahi lalat yang landing punya cantik di bawah bibir, Riana memang sering menjadi kegilaan jejaka.
                “Boleh tercabut gigi palsu Opah bila gelakkan aku kalau dia tahu aku pakai sunblock tau. Ini Adlyshalah, cucu Opan Ainon pantang kalau guna mekap secalit kat muka. Natural beautylah katakan,prinsip aku no need cosmetic product.Hehe..” memang bukan kebiasaanku untuk menggunakan alat kosmetik. Bukannya arwah mama atau baba mahupun Opah apatah lagi ibu yang melarang, tapi itu memang prinsipku. No cosmetic! be natural beauty.Hehe…
                “Yelah cik Adlysha oii…Malas nak layan kau, ni air kau.” Sebaik air Mosha itu bertukar tangan, “ Satu ringgit Malaysia sahaja, terima kasih datang lagi.” Tutur Laila sambil menghulurkan tangan. Memang itulah dialog wajib Laila, ‘terima kasih datang lagi’. Aku lantas menghulurkan not RM1 kepada Laila.Mentang-mentang anak tauke kedai buku. Hurmm…
                “Jom duduk bawah pokok tu, redup sikit.”ujar Alisa sambil tangannya menarik tanganku ke arah pokok yang di maksudkan itu. Aku hanya membuntuti Alisa seperti lembu dicucuk hidung.Hehe…Opahku yang ajar peribahasa ini.
                Sambil kami duduk berlepak di bawah pokok yang merimbun, sesi fotografi peribadi untuk Riana diadakan. Memang dasar GK (gila kamera),tapi memang tidak dinafikan Riana seorang yang fotogenik. Setiap sudut foto yang diambil menampakkan keayuan dirinya itu. Belum sempat panas punggung, kedengaran penggumuman yang meminta guru-guru berkumpul untuk acara tarik-tali. Acara yang paling famous ketika hari sukan.
                Aku lantas bangun dari duduk, serentak itu tiga mata memandang aku. Meminta pengertian. “Cikgu Siti suruh aku ambil gambar, aku ciao dulu. Kejap lagi aku datang balik, jaga beg aku tau.” Aku lantas bergerak ke tengah padang apabila melihat kawanku yang lain mengangguk tanda faham lantas menyambung aktiviti wajib mereka.Gosip!
                Siren kuat menandakan perlawanan telah dimulakan. Dua pasukan yang terdiri daripada guru lelaki semuanya. Ke kanan….ke kiri….dua-dua pasukan tidak mahu mengalah. Aku meneruskan tugasku.Klik!Klik!Klik!Klik! Perlawanan pertama dimenangi oleh kumpulan guru lelaki ‘jejaka solo’ dan perlawanan kedua dimenangi oleh kumpulan yang sama.
                Sedang aku mengambil gambar guru-guru sedang menyambut kemenangan, tiba-tiba mataku tertarik untuk melihat susuk tubuh seseorang. Seperti tarikan magnet, pandanganku sukar untuk dialihkan, magnetic field yang terlalu kuat. Aku lantas mengangkat kameraku semula menyambung tugasku yang tergendala. Klik!Klik!Klik!
                “Ahh!!! Dia kat sini pula.” Aku bergerak ke kiri sikit dan mengangkat semula kamera.Klik!Klik!Klik!Klik! Wajahnya menjadi tatapanku.
                Aku memandang gambar di dalam skrin kamera. Aku tersenyum sendiri sepanjang perjalanan pulang ke rumah.Hensem! Itu sahaja yang mampu ku ungkapkan.Aduh!!! ‘Opah!!!Cucu opah dah jatuh cinta!!!!’ jeritku didalam hati.
                Aku mencapai telefon bimbit yang di atas meja, segera aku picit-picit punatnya.Bip!Bip!Bip!Aku menungu dengan penuh sabar.Tut!tut!tut! Tidak lama itu kedengaran suara Riana di hujung talian.
                “Assalamualaikum!!!Riana!!!”jeritku kuat.
                “Siapa ni???”kedengaran di hujung talian. Idea jahat timbul untuk mengusik Riana.
                “Hello!! Boleh saya cakap sama itu Riana?Bila mahu bayar itu rotan punya tikar?Sudah anam bulan awak tidak bayar. Macam mana anak, sama isteri saya ada itu Bangladesh mahu makan??Ayoyo…”Aku bercakap dengan intonasi ala-ala Hassan, warga Bangladesh yang bekerja sama itu sekolah saya punya.Hehe…
                “Adlysha!!!”jerit Riana. Aku segera menjauhkan telefon bimbitku dari telinga. Bimbang saja jangka hayat gegendang telingaku takkan lama disebabkan frequency suara Riana yang tinggi sehingga boleh menyebabkan gegendang telingaku pecah.
                “Mak ai….Sedap betul suara mak cik seorang ni…”tuturku pendek.
                “Kaulah punya fasal. Gurau tak kena tempat. Banyaklah rotan punya tikar!!!!”memang tengah naik bulan agaknya minah ni. Angin satu badan.
                “Relax babe… Kau tengah bulan indah apa??Aku nak cerita ni, dengarlah.”tuturku untuk menenangkan Riana.
                “Yelah tu bulan indah…Sorry…Ceritalah, selalu tak payah minta kebenaran kau dah laju je membebel .”aku tersengih mendengar kata-kata Riana.
                “Kejap!! Biar aku tarik nafas, kau nak ikut pun boleh jugak.Panjang cerita ni”usikku. “Aku jumpa seorang mamat ni masa acara tarik tali guru-guru. Hensem giler!!!Tapi aku wat dunno je.(yelah tu!!!)Masa aku tengah sibuk ambil gambar, tiba-tiba dia lalu depan aku. Ingin dinyatakan dan ditekankan, bukan aku nak ambil gambar dia. Terambil jer…Mata coklat,muka putih,tinggi pulak tu dan rambut pacak-pacak...Sekian terima kasih…”Fuhh!!!Tuturku dengan sekali nafas.Tetapi kedengaran kosong di hujung talian. “Hello!!!”ujarku sedikit kuat.
                “Aku ada lagilah kat sini.Panjang betullah cerita kau.”perli Riana. “Aku sedih, rasa macam adik aku seorang ni dah besar panjang.”ujar Riana dengan suara yang diserakkan.Drama queen punya orang!
                “Ehh!!!Aku dah besarlah!!!Tak cukup tinggi ke aku ni???170 cm, kira okeylah. Mak Ucu cakap dah boleh jadi model.”Aku tersengih tatkala mengingat semula pujian Mak Ucu.
                “Maksud aku fasal hal cinta-cintun ni.Sebelum ni kau tak pernah cakap kau in love dengan siapa pun. Kau cakap cukuplah pakwe kau kat rumah, ayah kau saja.Pakwe dunia akhirat, Tak gitu wahai anak mithali…Oppss!!!Anak solehah…??” Anak mithali???Lain macam bunyinya macam suruh aku kahwin dengan baba je ni. Astaghfirullah hal azim…
                “Nanti kau akan tahu siapa jejaka bertuah tuh…He is totally my cup of Mosha.”aku tersenyum kambing.
                “Sounds funny, cup of Mosha. It is suppose to be ‘my cup of tea’.Memang dasar Adlysha cucu Opah Ainon, sesuka hati tukar idioms!”Air Mosha, air kegemaranku. Tidak dapat diperoleh di tempat lain. Hanya di koperasi sekolah sahaja. Ni kira promotelah ni.Mengidamlah aku lepas habis SPM nanti.
                “Dahlah, aku nak mandi ni. Badan dah busyuk giler, dah macam bau ikan perkasam.Meet you next week!Assalamualaikum.”ujarku untuk mematikan perbualan kami.
                Hampir setengah jam aku menatap gambar di skrin kameraku. Sambil bergolek-golek di atas katil aku mengamati gambar mamat itu. Kalau ada bakal mak mentua lihat keadaan aku yang bergolek serupa tong dram ni, memang terus blacklist nama jadi menantu pilihan. Aku kembali menatap wajah di skrin kamera. Mata yang coklat,kulit yang putih, dan rambut yang terpacak. SMART seyh!!!! Tinggi pulak, memang lebih tinggi dari aku. 190 cm ke???Alamak dah macam Rain lah pulak.Kekeke…
                Tapi….Betul ke keputusan aku nak bagitahu Riana. Rasa lain macam je. Siapa tak kenal Riana, radio wireless. Trademark yang sesuai untuk Riana… ‘Radio Riana..Sedia memberikan khidmat gossip percuma.’.Haha…Takut juga diri sendiri menjadi bahan gossip. Tak pasal-pasal diri yang sememangnya sudah femes bertambah popular.Alamak!!Dilemalah pulak cucu Opah Ainon ni.